Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
IPOH , 9 SEPTEMBER 2023 – Program Rahmah Madani Menyantuni Gelandangan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 September 2023 di sekitar Ipoh, Perak.

Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malayasia (YaPEIM), Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak) bersama-sama rakan strategik Fraser & Neave Holdings Bhd dan Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.

Program ini dimulakan dengan Slot Perkongsian Modul Kerohanian dan Jati Diri (Komuniti Disayangi) oleh YBrs. Ustaz Kamarudin bin Kassim selaku Pengerusi Persatuan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS) untuk memberi pendedahan kepada Guru Takmir dan Guru Agama Dakwah Ipoh, Perak dalam menyantuni komuniti gelandangan.

Aktiviti sesi tengah hari dan petang diteruskan lagi dengan penyerahan sumbangan makanan kering (Ready To Eat) bernilai RM3,000.00 dan kit pengurusan diri bernilai RM2,000.00 daripada pihak YaPEIM, makanan dan minuman daripada pihak F&N dan Gardenia serta bungkusan makan malam kepada 100 orang gelandangan di Dataran Tok Sagor dan sekitar The Store, Jalan Dato Onn Jaafar, Ipoh.

Program ini diserikan lagi dengan kedatangan YBrs. Tuan Firdaus bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Masjid, JAIPk, YBrs Puan Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM dan YBrs. Tuan Zulhelmie Mohd Mustafa, Pengurus Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Perak bagi sesi penyampaian barang sumbangan.
 
Pada sebelah petang, diadakan perkongsian tazkirah ringkas, tatacara berwuduk dan solat berjemaah bersama komuniti ini. Semoga program ini dapat memberikan suntikan motivasi kepada kesihatan mental dan rohani mereka dalam meneruskan kehidupan.

Program Rahmah Madani Menyantuni gelandangan Sekitar Ipoh perak 2023 1

Program Rahmah Madani Menyantuni gelandangan Sekitar Ipoh perak 2023 2

Program Rahmah Madani Menyantuni gelandangan Sekitar Ipoh perak 2023 3

Program Rahmah Madani Menyantuni gelandangan Sekitar Ipoh perak 2023 4

Program Rahmah Madani Menyantuni gelandangan Sekitar Ipoh perak 2023 5

Program Rahmah Madani Menyantuni gelandangan Sekitar Ipoh perak 2023 6