Kurator Berita : Darul Quran
25 September 2023 - Seramai 207 orang pelajar semester lima Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran akan turun ke lapangan bersama masyarakat pada tahun ini. Kesemua pelajar tersebut yang terdiri daripada pelbagai syukbah pengajian akan melaksanakan program Khidmat Masyarakat bersama komuniti di beberapa tempat yang telah ditentukan.

Projek Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu daripada syarat bagi memenuhi kehendak kursus subjek Khidmat Masyarakat MPU 2412. Para pelajar dikehendaki untuk melakukan projek serta aktiviti bersama komuniti di luar dari kelas pengajian bagi menyampaikan ilmu dan bakti kepada masyarakat.

Sesi pada kali ini aktiviti khidmat masyarakat akan dilaksanakan di tempat-tempat berikut iaitu Surau Kampung Kayu Kelat Besut Terengganu, Pulau Tuba Pulau Langkawi Kedah, Masjid Tanah Melaka, Masjid Seribu Selawat, Pulau Pangkor Perak, Pusat Pertubuhan Kebajikan Baitul Sakinah Terengganu, Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka dan Rumah Anak Yatim Tanjung Kling Melaka.

Bagi menyempurnakan pelaksanaan khidmat masyarakat tersebut, Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah bertemu dan menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar semester lima dalam Majlis Amanat Pengarah Kepada “Duta Kecil DQ” bagi Program Khidmat Masyarakat Tahun 2023. Diharapkan pelaksanaan aktiviti Khidmat Masyarakat pada kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala perancangan.

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 7

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 1

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 2

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 4

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 6

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 9

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 3

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 5

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 8

207 PELAJAR DIPLOMA DQ TURUN BERKHIDMAT DI LAPANGAN 10