Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Pada 27 September 2023 (Rabu), Bahagian Dasar kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen Bagi Pegawai Penyelaras Parlimen JAKIM Dan Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) bertempat di Hotel Sama-Sama, Sepang, Selangor. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengarah Bahagian dan Pegawai Penyelaras Parlimen Bahagian di JAKIM dan Pegawai Penyelaras Parlimen Agensi di Bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) mengikuti program ini.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memperkasa urusan penyelarasan Parlimen di JAKIM dan agensi-agensi di bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) serta untuk memperkukuh kerjasama dalam kalangan pegawai-pegawai Penyelaras Parlimen agensi hal ehwal Islam.

Menerusi program ini, para peserta diberi pendedahan dan kefahaman berhubung urusan-urusan parlimen antaranya berkaitan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM),  Minister’s Question Time (MQT),  Kamar Khas, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan,  Peranan dan Fungsi, Prosedur Pembentangan, Perbahasan dan Penggulungan Rang Undang-Undang dan Usul serta Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Yang Berhormat Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) telah hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian penutup program ini yang turut dihadiri oleh Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan Tn. Haji Ameer Ali Bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) serta pengarah-pengarah bahagian dan wakil Ketua-ketua Agensi di Bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama). 

Melalui ucapannya YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menekankan agar semua Pegawai Penyelaras Parlimen hendaklah sentiasa melaksanakan tugasan dengan penuh komited, berintegriti dan menonjolkan budaya kerja yang profesional serta membawa mesej Islam yang damai dan berhikmah agar menjadi contoh kepada semua. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta. 

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 1

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 2

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 3

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 4

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 5

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 6

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 8

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 9

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 10

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 12

Program Pemerkasaan Penyelarasan Urusan Parlimen 122