Kurator Berita : Darul Quran
30 September 2023 - Pelajar-pelajar semester lima Syukbah Qiraat Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran telah turun ke lapangan menyantuni warga Besut, Terengganu bermula 28 hingga 30 September 2023. Aktiviti ini merupakan Program Khidmat Masyarakat iaitu sebahagian daripada keperluan bagi kursus pengajian Diploma Tahfiz Darul Quran.

Pelaksanaan aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan kemahiran sosial bersama masyarakat. Selain itu, para pelajar juga dapat menyampaikan dakwah serta ilmu al-Quran kepada masyarakat setempat.

Perasmian Program Khidmat Masyarakat di Kuala Besut ini telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pengajian Am, Haji Othman bin Muda yang mewakili Pengarah Darul Quran. Semoga sumbangan kecil para pelajar ini mendapat impak yang positif kepada masyarakat khususnya warga Besut insya-Allah. 

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 4

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 2

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 1

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 3

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 5

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 6

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 7

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 8

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 9

Pelajar DQ Santuni Warga Besut 10