Kurator Berita : Darul Quran
9 Oktober 2023 - Seramai 30 orang pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan kepujian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah selamat mendaftar di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu pagi ini. Kesemua pelajar baharu tersebut telah diraikan dalam Majlis Sambutan Pelajar Baharu yang diadakan di Auditorium Syeikh Mohd Noor.

Majlis telah dimulakan dengan penyampaian amanat huffaz yang disampaikan oleh Ustaz Aiman Ridhwan bin Mohamad Ramlan, alumni Program Ijazah USIM-DQ sesi 2019/2022 merangkap Pensyarah Tasmi’ Jemputan Darul Quran. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali yang mewakili Pengarah. Antara intipati ucapan beliau ialah pelajar-pelajar baharu mestilah mengambil peluang dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu ketika berada di Darul Quran.

Semoga anak-anak pelajar baharu Darul Quran memanfaatkan peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya di dunia dan akhirat. Tahniah dan syabas diucapkan.

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 1

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 2

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 3

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 4

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 5

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 6

Pelajar Baharu Program Ijazah Usim Dq 7

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 8

96 CALON DUDUKI UJIAN STM SIRI 2 9