Kurator Berita : Bahagian Dakwah
13 Oktober 2023, Putrajaya: YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM hari ini telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada kontinjen yang memenangi pertandingan perarakan yang diadakan sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan pada 28 September 2023 yang lalu.

Dalam ucapannya, Datuk Ketua Pengarah mengucapkan tahniah kepada kontinjen yang berjaya dan mengharapkan ini menjadi pemangkin kepada kontinjen lain untuk memberikan persembahan terbaik sekaligus meningkatkan penghayatan sempena kelahiran Baginda SAW.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JAKIM.

Majlis dimulakan dengan tayangan video perarakan kontinjen yang memenangi pertandingan perarakan dari tempat pertama hingga ke tempat ketiga dan diakhiri dengan majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang mengikut kategori masing-masing.

Bagi kategori A iaitu Kementerian, Johan disandang oleh Kementerian Komunikasi dan Digital, Naib Johan daripada Kementerian Perpaduan Negara dan Ketiga daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagi kategori B iaitu Jabatan Perdana Menteri, Johan disandang oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Naib Johan daripada Jabatan Audit Negara dan Ketiga daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sementara itu bagi kategori C iaitu Badan Beruniform, Johan dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia, Naib Johan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Ketiga daripada Jabatan Penjara Malaysia.

Sementara bagi kategori D iaitu Badan Berkanun / Swasta, Johan disandang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Naib Johan daripada Tenaga Nasional Berhad dan Ketiga daripada Perbadanan Putrajaya.

Semoga kejayaan kontinjen ini dapat menyuntik semangat para kontinjen lain untuk memberikan persembahan terbaik sekaligus memeriahkan sambutan yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Pertandingan Perarakan 1

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Pertandingan Perarakan 2

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Pertandingan Perarakan 3


Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Pertandingan Perarakan 4

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Pertandingan Perarakan 5