Kurator Berita : Bahagian Dakwah
15 Oktober 2023 (Ahad): Bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan telah berlangsung Majlis Perasmian Bengkel Semakan dan Pemurnian Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital (RAMAH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAKIM, turut sama Puan Zalina binti Long, KPP Caw. Dakwah Bil Hal.

Objektif pertama program adalah menambahbaik dan mengemaskini Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital yang sedia ada mengikut prosedur dan peraturan semasa, manakala yang kedua iaitu menghasilkan Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital edisi kemas kini yang sesuai diguna pakai di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Bengkel Garis Panduan ini bermula pada 15-17 Oktober 2023 (Ahad-Selasa) dihadiri oleh wakil dari 3 Masjid Utama (Masjid Negara, Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin) serta pegawai-pegawai JAKIM iaitu Bahagian Dakwah, BDKI, KSK dan Penyelidikan serta wakil dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Sungai Buloh dan Kader di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital 1RAMAH

Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital 2RAMAH

Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital 3RAMAH

Garis Panduan Sukarelawan Rakan Masjid Hospital 4RAMAH