Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
MIRI , 17-18 OKTOBER 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah Cerai Ruju’ (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke 47 pada 17 hingga 18 Oktober 2023 bertempat di Grand Palace Hotel Miri Sarawak. Persidangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK.

Persidangan ini merupakan platform yang menghimpunkan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Seluruh Malaysia dan Pegawai Atase Agama Malaysia di Jakarta, Indonesia serta wakil-wakil bahagian JAKIM yang berkaitan. Ia bertujuan untuk berbincang dan mencari kesepakatan dalam usaha menyelaras isu dan permasalahan berhubung pengurusan nikah, cerai dan ruju’ orang Islam di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Lima (5) kertas cadangan/makluman telah dibincangkan merangkumi isu-isu perkahwinan warganegara Malaysia dengan warganegara asing serta penyelarasan dokumen perkahwinan luar negera. Turut dibentangkan adalah berkaitan perkembangan projek transformasi SPPIM yang merangkumi penambahbaikan modul- modul sedia ada, peluasan SPPIM ke negeri – negeri dan projek integrasi SPPIM dengan sistem agensi kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) selaku Pengerusi Persidangan dalam ucapan penutupnya berharap segala perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui melalui persidangan ini dapat dilaksanakan bagi membangunkan institusi keluarga yang sejahtera. Penghargaan turut diberikan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak atas komitmen dan kerjasama penuh yang telah diberikan bagi memastikan persidangan ini berjalan lancar.

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 1

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 2

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 3

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 4

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 5

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 6

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 7

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 8

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 9

KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJU 10