Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
CYBERJAYA , 25 OKTOBER 2023 – Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti hari ini melalui unit juvana turun ke SMK Cyberjaya bagi mengadakan program seminar isu sosial. Program melibatkan seramai hampir 550 orang pelajar tingakan 3 dan 4 ini bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 1.30 tghari. Turut hadir pada program ini adalah En. Ruzain Syukur bin Mansor mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangor .

Seminar kali ini membawa pencerahan dan penerangan kepada para pelajar mengenai isu LGBT yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Isu berkaitan LGBT ini dipilih sebagai langkah awal mencegah gejala songsang ini dalam kalangan remaja.

Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM akan meneruskan lagi program seminar ini di sekolah-sekolah lain dalam usaha pencegahan awal masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 2

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 1

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 3

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 4

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 5

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 6

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 7

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 8

PROGRAM SEMINAR ISU SOSIAL 9