Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
25-27 Oktober 2023 - 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menghadiri sesi libat urus bagi menghasilkan Pelan Strategik Komunikasi Agensi Agama Persekutuan Tahun 2024-2027 bertempat di Ancasa Hotel, Port Dickson.

Pelan yang mempunyai 5 teras itu merupakan salah satu program dalam Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) 2023 - 2027.
Penghasilan dokumen pelan ini bertujuan bagi memantapkan jaringan kerjasama dalam memperkemas gerak kerja komunikasi yang seterusnya menaikkan imej semua agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).

Sesi libat urus telah diketuai YBrs. Puan Hajah Mazlina Ismail, Setiausaha Akhbar Kepada Menteri di JPM (HEA). Bersama-sama mengendalilan bengkel ialah YBrs. Tuan Haji Zakaria bin Othman, Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM.

ukk 6

ukk 1

ukk 2

ukk 3

ukk 4

ukk 5

ukk 6

ukk 7

ukk 8

ukk 9

ukk 10