Kurator Berita : Bahagian Dakwah
27-29 Oktober 2023  | KOA Simoi Lama Pos Lenjang Kuala Lipis Pahang

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM dengan kerjasama JAIP dan MUIP telah mengadakan Program Mudik Ke Hulu Zon Timur menyantuni Masyarakat Orang Asli sekitar Pos Lenjang Kuala Lipis, Pahang.

Pelbagai program diadakan yang telah berjaya manarik perhatian para peserta yang hadir antaranya Majlis Penyampaian Ilmu, Pernikahan dan Pengislaman dan diserikan juga dengan Malam Kesenian Islam yang disertai oleh masyarakat Orang Asli setempat. Suasana program juga diselitkan dengan Ziarah Mahabbah di kampung orang Asli berhampiran, sukaneka dan gotong royong bersama masyarakat setempat di KOA Simoi Lama.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jakim. Turut hadir Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, KPP Dakwah JAIP, Wakil tetap SDK Jakim daripada DRB Hicom, Pos Malaysia dan Telekom Malaysia.

Seterusnya program ini diteruskan lagi dengan penyampaian cek cura dan sumbangan bakul makanan, Generator, Speaker, Mesin Rumput dan kepada wakil penerima. Penyampaian bakul makanan juga turut disampaikan kepada asnaf yang terlibat.

Mudik Ke Hulu Zon Timur SDK 1

Mudik Ke Hulu Zon Timur SDK 2

Mudik Ke Hulu Zon Timur SDK 3

Mudik Ke Hulu Zon Timur SDK 4

Mudik Ke Hulu Zon Timur SDK 5