Kurator Berita : Unit Integriti
Putrajaya - Buat julung kalinya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Unit Integriti, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Rakan Pembimbing Penjawat Awam (AKRAB) berkolaborasi secara strategik dalam menganjurkan Program Kesedaran Mengenai Gangguan Seksual khususnya untuk warga JAKIM. Program ini telah diadakan dengan jayanya pada 27 Oktober 2023 bertempat di Bilik Seminar al-Baiyyinah, Aras 5, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya. Ianya telah dihadiri seramai lebih kurang 80 orang peserta yang merupakan wakil daripada setiap bahagian di JAKIM.

Program ini dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Ketua Unit Integriti JAKIM, Puan Mazlina binti Jalani. Beliau mengucapkan tahiah kepada barisan penganjur yang Bersama-sama telah menunjukan sokongan padu terhadap semua usaha dalam konteks pencegahan dalam memberi pemahaman dan kesedaran dalam menangani perlakuan gangguan seksual di tempat kerja, khususnya. Terdapat 3 slot pengisian yang dibentangkan sempena program ini. Slot pertama bertajuk “Penerangan Mengenai Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840]” yang disampaikan oleh Puan Puspamalar a/p Govindaraju, Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Slot kedua bertajuk “Advokasi Antigangguan Seksual” telah disampaikan oleh Puan Thamarai a/p  M Munisamy daripada Bahagian Pengupayaan Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manakala, slot ketiga pula bertajuk “Pengendalian Kes Gangguan Seksual di Tempat Kerja”. Slot ini telah disampaikan oleh Puan Aireen binti Ahmad Shahuddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Objektif penganjuran program ini adalah:
  • Memberi pendedahan mengenai peruntukan di dalam Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840].
  • Memberi pengetahuan mengenai program advokasi antigangguan seksual sebagai langkah pencegahan dan kesedaran tentang gangguan seksual di kalangan semua lapisan masyarakat khususnya pegawai dan kakitangan JAKIM.
  • Selain itu, program ini telah juga menerangkan tatacara pengendalian kes gangguan seksual di tempat kerja bagi sektor awam mengikut Pekeliling dan Peraturan yang berkuatkuasa.
Secara pengamatan, majoriti peserta yang mengikuti program ini memahami objektif penganjuran program yang dilaksanakan.

Semoga hasrat dan usaha murni ini akan berhasil dan sekaligus dapat melahirkan penjawat awam yang berintegriti serta mempunyai info berkaitan gangguan seksual.

Gambar – Gambar Yang Dirakamkan Sepanjang Program:

AKRAB 7

AKRAB 1

AKRAB 2

AKRAB 3

AKRAB 4

AKRAB 5

AKRAB 6