Kurator Berita : Darul Quran
1 November 2023 - Seramai 25 orang delegasi dari Yayasan Ar-Raudhah serta pelajar-pelajar Pondok Tahfizul Al-Quran Ar-Raudhah, Medan Indonesia telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran. Pondok Tahfizul Al-Quran Ar-Raudhah merupakan sebuah madrasah tahfiz yang bernaung di bawah Yayasan Ar-Raudhah. Tujuan kunjungan ini diadakan bagi meninjau dan mendapatkan maklumat berkenaan Darul Quran serta penawaran-penawaran program pengajiannya kepada pelajar luar negara.

Bagi menyempurnakan hasrat pelawat, pihak Darul Quran telah menyusun beberapa agenda seperti tayangan video korporat, pembentangan slaid sistem PdP tahfiz di Darul Quran serta sesi soal jawab. Antara soalan yang diutarakan oleh pelawat ialah berkenaan cara kemasukan pelajar luar negara. Kesemua soalan telah dijawab dan diperjelaskan oleh Ketua Seksyen Kemasukan, Biasiswa & Graduasi Darul Quran yang turut hadir bersama.

Sesi pertemuan antara kedua pihak berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata. Diharapkan pertemuan ini sedikit sebanyak dapat menyempurnakan hasrat pelawat dan dalam masa yang sama ia memberi ruang kepada Darul Quran untuk mempromosikan program pengajian di sini kepada para pelajar dari Indonesia.

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 10

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 1

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 2

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 3

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 4

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 5

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 6

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 7

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 8

INDONESIA TERUJA BERKUNJUNG KE DQ 9