Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 15 November 2023 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil JAKIM telah mengadakan program Bicara Keluarga dengan tajuk menarik iaitu “Seni Kemenantuan dan Kementuaan” bertempat di Bilik Seminar Al-Baiyinah, Kompleks Islam Putrajaya.

Program yang telah diadakan pada 15 November 2023 ini adalah bersempena Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 Peringkat JAKIM. Seramai hampir 150 peserta menghadiri program ini, yang terdiri daripada kakitangan JAKIM, dan ahli-ahli PUSPANITA cawangan kecil agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Penceramah jemputan, Tuan Haji Ahmad Shafiai bin Uda Jaafar, atau lebih dikenali dengan nama Pak Utih telah berkongsi pelbagai tips dalam mengekalkan keharmonian hubungan antara menantu dan mentua. Pak Utih juga telah memberikan panduan kepada para peserta berkenaan teknik mengenali diri menantu dan mentua, teknik komunikasi menantu dan mentua, peranan mentua, serta peranan suami isteri dalam menyantuni kedua-dua keluarga.

Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM. Majlis turut dihadiri Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Bahagian-bahagian JAKIM.

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 1

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 2

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 3

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 4

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 5

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 6

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 7

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 8

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 9

Bicara Keluarga Seni Kemenantuan Dan Kementuaan 10