Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Putrajaya - Rabu 22 November 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah menganjurkan Webinar Diskusi Isu-Isu Semasa Muamalat Siri 3/2023 bertemakan “Pengurusan Dana Awam oleh NGO: Dari Perspektif Fiqh Muamalat Dan Integriti” .Diskusi yang bermula dari jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberi kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan dana awam oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya dari aspek Fiqh Muamalat dan Integriti.

Diskusi ini telah dikupas secara terperinci oleh dua orang ahli panel jemputan iaitu Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin, Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam dan En. Nurul Azhar bin Husin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor serta dihoskan oleh Ustaz Mohd Salehin bin Sopian Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Kajian Muamalat, Cawangan Kajian Syariah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

Antara isi perbincangan yang dikupas dalam diskusi ini ialah kepentingan sesebuah NGO untuk memastikan dana awam yang diperolehi perlu melalui transaksi atau kontrak yang jelas antara penderma dan pihak NGO khususnya dari aspek peratusan kos pengurusan yang diambill daripada kutipan dana tersebut supaya ia selari dengan prinsip fiqh muamalat. Di samping itu, ketelusan dan kebertanggungjawaban pihak NGO dalam mengurus dana awam ini perlu sentiasa diberi perhatian bagi memastikan ia memenuhi objektif dan misi penubuhan NGO tersebut.

Diskusi ini telah disiarkan secara langsung melalui platform media sosial rasmi JAKIM iaitu Facebook My JAKIM / Youtube JAKIM dan twitter.

DISKUSI ISU ISU SEMASA 1

DISKUSI ISU ISU SEMASA 2

DISKUSI ISU ISU SEMASA 3

DISKUSI ISU ISU SEMASA 4