Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
5-8 Disember 2023 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Mesyuarat Kerja Semakan Semula Buku PCHI dan Amali Solat Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2 SIRI Tahun 2023 bertempat di GBW Hotel,Johor Bahru.

Mesyuarat ini bertujuan bagi menambah baik buku PCHI dan Amali Solat UPKK JAKIM siri 1 seperti yang dirancang.

Menyemak isi kandungan buku PCHI UPKK dan Amali Solat JAKIM siri 1 bagi memastikan ianya tidak bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menyemak pruf tulisan jawi setiap muka surat buku PCHI UPKK dan Amali Solat JAKIM bagi memastikan tidak berlaku kesilapan.
Memastikan buku PCHI UPKK dan Amali Solat JAKIM menepati standard yang telah ditetapkan.

Kelas Kafa

Kelas Kafa 1

Kelas Kafa 2

Kelas Kafa 3