Kurator Berita : Darul Quran
17 Disember 2023 - Darul Quran JAKIM dengan kerjasama Masjid Bandar Utama Batang Kali telah menganjurkan Program Khatan Perdana tahun 2023 dengan jayanya. Program dimulakan dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Orang Besar Daerah (OBD) Hulu Selangor, Yang Dimuliakan Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa. Turut menyampaikan ucapan ialah Timbalan Pengarah Akademik Darul Quran, Dr. Muhamad Zakuwa bin Rodzali mewakili Pengarah. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh wakil Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor, Nazir Masjid Bandar Utama Batang Kali, Ketua Kampung Batang Kali dan pasukan perubatan dari rangkaian Klinik Sejahtera.

Untuk info, program ini telah dikendalikan oleh 12 orang perantis Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 bagi menyempurnakan tugasan dalam Kompetensi Unit Khidmat Masyarakat. Program ini juga dianjurkan bagi membantu golongan asnaf yang terdiri daripada fakir miskin dan mualaf sekitar Batang Kali. Seramai 100 orang peserta telah terpilih untuk menyertai program ini termasuk anak-anak kakitangan Darul Quran yang berumur enam tahun ke atas.

Acara siraman air daripada anggota bomba menutupi majlis perasmian sebelum proses berkhatan dimulakan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah merahmati usaha kita dalam melakukan amal kebaikan.

KHATAN PERDANA 1

KHATAN PERDANA 2

KHATAN PERDANA 3

KHATAN PERDANA 4

KHATAN PERDANA 5

KHATAN PERDANA 6