Kurator Berita : Darul Quran
7 Disember 2023 - Seramai 19 orang pelajar Darul Quran JAKIM telah menyertai pertandingan Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan 2023 anjuran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Pertandingan yang diadakan di UNITEN Bangi, Selangor ini telah berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Disember 2023.

Lima daripada 19 orang peserta dari Darul Quran telah berjaya menempa kejayaan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan dalam Ihtifal ini. Pelajar-pelajar tersebut ialah:

Pertandingan Hafazan 1-10 Juzuk:
1. Ahmad Naufal bin Fauzi - Johan
2. Izzah Husna binti Mohamad Azmi - Naib Johan\

Pertandingan Hafazan 1-30 Juzuk:
1. Dina Hadfina binti Mohd Umarul Hisyam - Johan

Pertandingan Khat:
1. Nik Maghfirah binti Nik Abd Rahman Zaki - Johan

Pertandingan Pidato:
1. Muhammad Amrin Afiq bin Mohd Khirusham - Naib Johan

Tahniah kepada semua pelajar yang telah menyertai pertandingan ini dan syabas buat para pemenang.

UNITEN 1

UNITEN 2

UNITEN 3

UNITEN 4

UNITEN 5

UNITEN 6

UNITEN 7