Kurator Berita : Darul Quran

16 Januari 2024 – Rententan daripada lawatan Yayasan Ar-Raudhah serta pelajar-pelajar Pondok Tahfizul Al-Quran Ar-Raudhah, Medan Indonesia pada tahun lepas, tiga orang Exco Yayasan Ar-Raudhah telah mengadakan lawatan susulan ke Darul Quran. Tujuan kunjungan ini diadakan bagi mendapatkan maklumat tentang pengurusan pembelajaran tahfiz di Darul Quran JAKIM.

Kunjungan hormat pada kali ini dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zamri bin Arifin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Encik Mohamed Hasbi bin Yaacob, Pengurus Besar dan Ustaz Mohd Fadli bin Muhamad Yusof selaku Pengurus Pentadbiran. Dalam kunjungan ini, pihak Darul Quran telah diberikan taklimat berkenaan sekolah-sekolah kendalian Yayasan Ar-Raudhah di Kemboja dan Indonesia. Sementara pihak Darul Quran pula telah membentangkan slaid berkenaan Garis Panduan Pengambilan Pelajar Luar Negara kepada para pelawat.

Kunjungan ini berakhir selepas hampir satu jam setengah sesi perbincangan. Kehadiran delegasi Yayasan Ar-Raudhah ini membuka ruang promosi kepada Darul Quran dalam usaha mencari calon-calon pelajar luar negara seperti Kemboja dan Indonesia.

l 338069e3ca313384149fab6843b2eee7
l 083c5e48629fe6c54cfb44d6a2c8200b
l 2bdef23de56a293fdcee002e246cac3d
l 5fee6e396d3914ffa04486837b5a049d