Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
26 Januari 2024 -  JAKIM dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Daurah Pengajian Hadis 40 Imam al-Nawawi bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Program pada kali ini adalah siri yang pertama daripada 12 siri yang akan diadakan pada setiap Jumaat keempat  antara Maghrib dan Isyak setiap bulan.  Seramai lebih kurang 250 orang hadirin daripada penjawat awam, kakitangan swasta, ahli Jemaah masjid dan pelajar telah mengikuti daurah ini secara bersemuka di MTMZA juga melalui siaran langsung secara dalam talian di platform fb live MTMZA dan fb live JAKIM.

Tenaga pengajar yang diundang untuk menyampaikan syarah kepada hadis 40 Imam al-Nawawi ini adalah Sahibus Samahah Datuk Prof Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Sahibul Fadhilah Sheikh Ahmad Fuad bin Imran, Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Siri pertama ini membincangkan hadis yang pertama, iaitu hadis mengenai kepentingan niat dalam setiap amal perbuatan. Kitab yang digunakan dalam pengajian melibatkan dua kitab syarahan hadis 40 iaitu kitab Fathul Mubin oleh Ibnu Hajar dan Kitab Jami’ al-`Ulum wa al-Hikam Fi Syarhi Khamseena Hadeethan Min Jawami’ al-Kalim oleh Ibni Rejab al-Hambali.

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 1

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 2

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 3

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 4

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 5

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 6

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 7

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 8

HADIS 40 IMAM AL NAWAWI 9