Kurator Berita : Darul Quran


24 Januari 2024 - Darul Quran JAKIM yang diwakili Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mohamad Zakuwa bin Rodzali bersama sembilan pegawai lain telah mengadakan kunjungan hormat ke Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur. Kehadiran delegasi Darul Quran ini telah disantuni oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diketuai Timbalan Pengarah Operasi, Haji Kamaldin bin Mohd Damin.

Kunjungan ini diadakan atas hasrat Darul Quran untuk bekerjasama dengan pihak JAWI dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti khidmat masyarakat khususnya di Kompleks Darul Hidayah. Pelaksanaan program ini merupakan keperluan bagi memenuhi tugasan subjek Khidmat Masyarakat oleh pelajar-pelajar semester lima Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran. 

Pelbagai idea dan cadangan pelaksanaan telah dilontarkan bersama bagi menjayakan aktiviti khidmat masyarakat ini antaranya aktiviti bersama mualaf, anak-anak yatim, program pengimarahan di masjid-masjid dan lain-lain. Semoga hubungan kerjasama ini dapat mencapai objektif pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat oleh para pelajar Darul Quran. 


PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 01

PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 02

PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 05

PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 03

PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 04