Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Bukit Tinggi, Pahang 17-19 Rejab 1445H bersamaan 29-31 Januari 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Bicara Falak : Penyelarasan Takwim & Aktiviti Falak Seluruh Malaysia Tahun 2024.

Program selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Muhamad Yamin bin Ismail; Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM dan S.S Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan; Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.

Program yang diselaraskan oleh YBrs. Ustazah Hazizah binti Yusoff; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kajian Syariah, Bahagian Penyelidikan JAKIM serta dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia & Persatuan Falak. Tujuan utama program ini adalah menyelaras takwim dan aktiviti falak bagi tahun 2024 samada di peringkat nusantara, kebangsaan, negeri dan setempat.

Selain itu, program ini juga turut membentangkan beberapa tajuk falak berkaitan seperti Almanak Falak Tahunan, Sistem Takwim Hijri, Peranan NGO Falak Malaysia dan Isu-Isu Falak Kontemporari. Hasilnya kesepakatan agensi-agensi berkaitan falak dalam menangani isu semasa dan aktiviti falak dapat diselaraskan dengan baik.

BICARA FALAK

BICARA FALAK 1

BICARA FALAK 2

BICARA FALAK 3

BICARA FALAK 4

BICARA FALAK 5

BICARA FALAK 6

BICARA FALAK 7

BICARA FALAK 8

BICARA FALAK 9