Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

5 Februari, Putrajaya - Bengkel Latihan Pengguna Sistem e-Jinayat Versi 4.0 Jabatan Agama Islam Pahang telah diadakan di Bilik Simulasi BPM, Aras 5, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan taklimat dan juga simulasi penggunaan sistem e-Jinayat versi 4.0 kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang. Negeri Pahang merupakan antara negeri yang terawal dalam melaksanakan penggunaan sistem e-Jinayat sepenuhnya melibatkan modul penguatkuasaan dan modul pendakwaan. Bengkel yang dilaksanakan pada kali ini adalah hasil kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah serta Bahagian Pengurusan Maklumat.

Seramai 30 orang Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang telah menyertai sesi bengkel sistem e-Jinayat tersebut. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Negeri Pahang iaitu Tuan Muhamad Yusri bin Aman juga turut menghadiri bengkel tersebut. Sesi taklimat dan simulasi dalam bengkel tersebut telah disampaikan oleh Encik Shah Juhan bin Samuri dengan dibantu oleh Ustazah Nafizah binti Md Fauzi dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali.


Jaip Komited Teruskan Latihan Penggunaan Sistem E Jinayat 01

Jaip Komited Teruskan Latihan Penggunaan Sistem E Jinayat 02

Jaip Komited Teruskan Latihan Penggunaan Sistem E Jinayat 03

Jaip Komited Teruskan Latihan Penggunaan Sistem E Jinayat 04

Jaip Komited Teruskan Latihan Penggunaan Sistem E Jinayat 05

Jaip Komited Teruskan Latihan Penggunaan Sistem E Jinayat 06