Kurator Berita : Darul Quran
8 Februari 2024 - Seramai 14 orang pegawai Darul Quran yang mewakili setiap jabatan pengajian dan tiga orang pegawai dari Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM telah terlibat dalam Bengkel Penyediaan Nota Pengetahuan Agama Islam Bagi Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Bengkel anjuran Darul Quran dengan kerjasama BDKI JAKIM ini telah diadakan selama tiga hari bermula 6 Februari hingga 8 Februari 2024 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Nota Pengetahuan Agama Islam ini dirangka bagi membantu dan memudahkan calon-calon Peperiksaan STM mendapatkan bahan bacaan. Dalam Peperiksaan STM, setiap calon perlu lulus beberapa subjek seperti Hifz Al-Quran Syafawi, Hifz Al-Quran Tahriri serta Pengetahuan Agama Islam. Pengetahuan Agama Islam ini pula merupakan komponen teras yang merangkumi subjek Akidah, Fiqh Ibadah, Tajwid, Ulum Al-Quran dan Ulum Hadith.

Melalui penyediaan nota ini diharapkan dapat membantu calon-calon STM meningkatkan lagi pencapaian mereka untuk lulus dengan cemerlang dalam ujian penilaian tersebut.


DQ Bantu Sediakan Nota Pengetahuan Agama Islam Untuk Calon STM 01

DQ Bantu Sediakan Nota Pengetahuan Agama Islam Untuk Calon STM 02

DQ Bantu Sediakan Nota Pengetahuan Agama Islam Untuk Calon STM 03

DQ Bantu Sediakan Nota Pengetahuan Agama Islam Untuk Calon STM 04

DQ Bantu Sediakan Nota Pengetahuan Agama Islam Untuk Calon STM 05