Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
MELAKA, 27-29 FEBRUARI 2024 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Bengkel Pengujian Penerimaan Pengguna (UAT) Modul Kursus Praperkahwinan Islam dan Modul Khidmat Nasihat bagi Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) 2.0 pada 27 – 29 Februari 2024 di Tun Fatimah Riverside Hotel Melaka.  Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil pengguna kedua-dua modul dari 9 negeri menggunakan SPPIM iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menguji fungsi modul yang dibangunkan dan penambahbaikan yang telah dibuat.  Kedua-dua modul yang disediakan merupakan inisiatif JAKIM dan JAIN dalam usaha menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkesan, cepat dan efisien kpada masyarakat.  Perbincangan dua hala dilaksanakan bersama negeri bagi memastikan modul yang disediakan signifikan dengan keperluan negeri. Bagi memastikan bengkel ini berjalan lancar, pihak Data Speaks Sdn Bhd turut bersama dalam bengkel ini adalah selaku penyedia sistem ini.

Adalah diharapkan agar projek tranformasi yang dijalankan akan memberi nafas baru yang lebih berkualiti dalam sistem penyampaian perhidmatan secara menyeluruh kepada masyarakat.  Ia sekaligus meningkatkan perkhidmatan pengurusan ehwal Islam selari dengan perkembangan teknologi semasa.

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 1

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 2

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 3

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 4

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 5

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 6

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 7

MODUL KURSUS PRAPERKAHWINAN 8