Kurator Berita : Darul Quran
26 Februari 2024 - Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ telah menjayakan program Global Islamic Students Outreach (GISO) di Jogjakarta Indonesia. Program yang bermula pada 22 Februari 2024 yang lalu ini telah melibatkan 37 ahli rombongan terdiri daripada pegawai Darul Quran serta pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Turut menyertai program, Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim.

Program outreach selama tujuh hari ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya diskusi ilmiah antara pelajar USIM-DQ dan Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga (UIN) di bawah Fakultas Dakwah dan Komunikasi. Diskusi ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakultas Dakwah dan Komunikasi UIN, Profesor Prof. Dr. Hj. Marhumah manakala penutupannya disempurnakan oleh Pengarah Darul Quran. Selain diskusi, turut diadakan aktiviti kem ibadah di Masjid An-Nur Pedak, aktiviti memasak bersama penduduk, street dakwah serta usrah dakwah bersama masyarakat sekitar perkampungan Jogjakarta.

Program GISO ini merupakan salah satu program yang wajib dianjurkan oleh pelajar sebagai pelengkap kepada aktiviti kokurikulum sebelum menamatkan pengajian. Harapannya, program ini akan memberikan impak positif kepada perkembangan pelajar serta Darul Quran bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa.


PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 01

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 02

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 03

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 04

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 05

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 06

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 07

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 08

PELAJAR USIM DQ JAYAKAN PROGRAM OUTREACH DI JOGJAKARTA 09