Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 5-6 MAC 2024 – Pendekatan menerusi Terapi Psikospiritual Islam berfungsi sebagai mekanisme rehabilitasi berdasarkan kaedah yang digariskan dalam Islam bersumberkan al-Quran, sunah dan amalan para salafussoleh. Ia turut berperanan sebagai rawatan alternatif untuk membantu permasalahan sosial serta ketidakstabilan mental dan emosi yang dialami oleh mana-mana individu atau kelompok dalam masyarakat setempat. Terapi Psikospiritual Islam kini telah diakui dan menjadi semakin popular sebagai salah satu alternatif dalam penjagaan kesihatan masa kini.

Menyedari situasi ini, JAKIM menerusi Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) telah mengambil inisiatif menggubal Modul Kemahiran Psikospiritual Islam. Bengkel ini telah diwakili oleh para pegawai kader daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selain itu pegawai daripada Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bahagian Dakwah dan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM turut dilibat sama dalam bengkel ini.

Objektif utama penggubalan Modul ini adalah untuk melahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie (ATPS) yang terlatih dan diiktiraf serta memperluaskan peranan ATPS untuk membantu seseorang bagi mengembali, memulih, menguat dan membangkitkan aspek kerohanian seseorang insan sehingga ia mampu menjadi penawar secara semula jadi kepada masalah yang dihadapinya.

Bagi memastikan modul ini menepati objektif yang telah digariskan, seramai lima orang fasilitator daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik dalam bengkel ini. Para fasilitator yang diketuai oleh Prof. Dr. Che Zarrina binti Sha’ari telah berperanan memberi panduan dan bimbingan selaku pakar dalam bidang terapi psikospiritual Islam.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM iaitu Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani dengan harapan agar modul ini kelak dapat diguna pakai bagi melahirkan ATPS yang terlatih serta diiktiraf menerusi latihan dan kursus secara bertahap.


Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 02

Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 01

Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 04

Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 05

Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 06

Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 07

Lahirkan Ahli Terapi Psikospiritual Syarie Menerusi Bengkel Penggubalan Modul Kemahiran Psikospiritual Islam 03