Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 28 Februari 2019 –Cawangan Pembangunan Profesionalisme, ILIM telah menganjurkan Kursus The Comprehensive Train of Trainers Enhancing Programme (T.E.P) pada 26 hingga 28 Februari 2019 di Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.

Kursus tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan tentang tatacara yang perlu diketahui oleh perunding latihan dalam melaksanakan program latihan secara komprehensif dan berkesan secara holistik. Ia juga diadakan bagi membina sahsiah diri dan meningkatkan kemahiran penyampaian serta membentuk perunding latihan yang professional, berilmu, berpotensi dan berdaya saing.

Kursus selama 3 ini merupakan program siri pertama yang melibatkan 20 orang perunding latihan dari 3 kampus iaitu Kampus Utama Bangi, Kampus Besut dan Kampus Jelebu. Perunding latihan ini mendapat bimbingan daripada Fasilitator jemputan Aki Raja Hussin.

Sepanjang pelaksanaan kursus, perunding latihan ilim telah didedahkan dengan pelbagai latihan simulasi, komunikasi dan kerja berpasukan berkenaan human learning model, aplikasi NLP dalam program pembelajaran serta pengurusan risiko.

Majlis penangguhan kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Profesionalisme (CPP) iaitu Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan.

INFRA2

INFRA1

INFRA3

INFRA4

INFRA5