Bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan fungsi-fungsi pembangunan insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
Memastikan pelaksanaan dan pencapaian objektif yang digariskan oleh bahagian-bahagian di bawah kawalan;
Memastikan pengurusan kewangan bahagian-bahagian di bawah kawalan dilaksanakan dengan baik dan berkesan;
Membantu Ketua Pengarah dalam pelaksanaan penyelarasan fungsi-fungsi pembangunan insan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa;
Mewakili kerajaan dalam forum-forum atau mesyuarat di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal Islam;
Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penyelarasan di peringkat Sektor Operasi;
Membantu Ketua Pengarah dalam perancangan Human Resource di JAKIM;
Memantau pelaksanaan program Sektor Operasi.