Judul: Amalan Sihir Dan Ayat-Ayat Al-Quran : Perbezaan Serta Kesannya Terhadapِ Amalan Perubatan
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM9.45
Sinopsis:
Sihir dalam kepelbagaian bentuknya memang wujud dan masih lagi diamalkan hingga kini, la diamalkan mengikut keadaan, keperluan dan matlamat pengamalnya. Kejayaan dan keupayaan ahli sihir banyak bergantung kepada kebolehan dan kecekapan mereka sendiri. Keberkesanan sihir juga adalah hasil daripada hubungan yang rapat antara tukang sihir dengan makhluk ghaib seperti jin dan syaitan.

Dari perspektif Islam, hukum mengamalkan ilmu sihir adalah haram. Ini disebabkan ia boleh memporak perandakan kehidupan umat manusia. Lantaran itu Rasulullah S.A.W. memberi ingatan bahawa ahli sihir dan orang yang mengamalkannya akan dibalas dengan api neraka. Kekufuran serta kejahatan yang terjadi daripada perbuatan mereka adalah hasil pengabdian diri mereka kepada syaitan bukannya kepada Allah S.

Islam sebagai agama penyelamat mempunyai matlamatnya tersendiri dalam menghadapi persoalan sihir, la bukan satu tuntutan yang hanya merupakan omong kosong tanpa ada titik tolak yang munasabah. Begitu juga dengan bidang perubatan. Matlamat Islam adalah untuk mewujudkan individu mukmin yang suci jiwanya, sihat pemikirannya serta sejahtera tubuh badannya.