Akidah Mukmin ditulis khusus untuk melihat bagaimana ia memainkan peranan dalam pembinaan Tamadun Islam.
Perbincangan dimulai dengan memberi gambaran fungsi akidah dalam pembinaan tamadun yang diikuti dengan penjelasan berkaitan konsep akidah serta huraian berkaitan iman sebagai fitrah semula jadi manusia.
Pengarang kemudiannya menganalisa rukun Iman satu persatu dan melihat pengaruhnya dalam pembinaan tamadun Islam.
Seterusnya pengarang menjelaskan kedudukan akidah sebagai asas kepada pembentukan Tamadun Islam dengan mengemukakan persoalan terkini yang mengaitkan punca kegagalan manusia melihat tujuan hidupnya dijadikan Allah untuk memakmurkan bumi.