Judul: Hukum-Hukum Dalam Al-Quran
Kategori: Buku Jualan
Harga: Jilid 1 – 3 : RM20.00 | Jilid 4 – 5 : RM30.00 | Jilid 6 : RM40.00 | Jilid 7 : RM68.00 | Jilid 8 : RM44.00
Sinopsis:
  • Kitab yang berjudul Ahkam al- Quran (Hukum-hukum Dalam Al- Quran) ini ditulis oleh Ibn al-Arabi. la termasuk dalam kitab utama yang membincangkan aspek syariat, bahasa, dan tafsir. Dalam kitab ini penulisnya memben- tangkan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hukum mengikut susunan surah. Selepas setiap ayat pula dikemukakan sinopsis hukum yang dipetik daripadanya. Beliau (Ibn al-Arabi) ialah seorang alim yang bertaraf muhaqqiq (berupaya menyemak dan membuat analisis), dan sangat mahir dalam pelbagai aspek ilmu bahasa Arab. Beliau bijak menghuraikan hubungkait antara sebahagian ayat al-Quran dengan sebahagian yang lain. Melalui kitab ini beliau mengutarakan beberapa hadith yang menjadi hujah dan sokongan terhadap sesuatu hukum. Hadith-hadith yang dikemukakan itu turut dikupas olehnya sama ada boleh diterima atau dikritik para perawinya.
  • Dalam menjalankan tugas tersebut beliau bersandar kepada fakta bahasa dan hadith serta perbuatan Nabi s.a.w dan para sahabat. Beliau membuat pertimbangan antara semua mazhab serta menyokong pandangan sesuatu mazhab dengan hujah yang kemas dan logik yang tepat. Ramai ulama besar yang mengambil manfaat daripadanya kerana beliau merupakan rujukan yang terbaik. Mereka menjadikannya sebagai sandaran untuk menyokong hujah-hujah yang dikemukakan. Malah sebahagian mereka seperti Imam al-Qurtubi telah menukilkan beberapa perenggan yang sempurna daripada bukunya, dan menyandarkannya kepada Ibn al-Arabi sebagai hujah.