Judul: Jami’ At-Tirmizi
Kategori: Buku Jualan
Harga: Jilid 1 : RM83.00 | Jilid 2 : RM83.00
Sinopsis:
  • Kitab Jami' at-Tirmizi karangan Imam at-Tirmizi merupakan kitab hadith yang menempati kedudukan keempat berbanding al-Kutub as-Sittah yang lain iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Jami' at-Tirmizi, Sunan an-Nasa'i dan Sunan Ibn Majah.
  • Antara keistimewaan kitab ini ialah kandungan hadith-hadithnya yang meliputi pelbagai topik dan bidang bukan sahaja terhad kepada hadith-hadith hukum sahaja. la turut memuatkan maklumat perselisihan ulama' mengenai amalan ibadat berdasarkan hadith sama ada daripada sahabat, tabi'in, atba' at-tabi'in dan ulama' mujtahidin, pandangan ulama' terhadap perawi dari sudut al-Jarh wa at-Ta'dil dan yang paling penting sekali ialah darjat hadith oleh Imam at-Tirmizi pada sebahagian besar hadithnya.
  • Melalui kitab ini juga, pembaca didedahkan dengan pendapat Imam asy-Syafi'i mengenai sesuatu amalan ibadat berdasarkan hadith yang dibincangkan. Justeru, ia boleh dijadikan sumber rujukan bagi mengenal pasti pendapat-pendapat Imam asy-Syafi'i dalam sesuatu ibadat.