Judul: Kemanisan Iman
Kategori: Buku Jualan
Harga: RM17.50
Sinopsis:
  • Tanpa Iman, kehidupan sama seperti bulu dipuput angin, tidak tetap, tidak diketahui hala tujunya. Tanpa iman, insan tidak berharga, hilang pedoman, bingung serta tidak mengetahui hakikat diri dan rahsia hidupnya.
  • Dia tidak mengetahui siapa yang menyarung "baju kehidupan", mengapa dia memakainya dan mengapa dia menanggalkannya. Manusia tanpa iman ibarat kapal tanpa nakhoda. Kehidupan dan undang-undang semata-mata tidak berdaya mengawal tingkah lakunya. Masyarakat tanpa iman adalah masyarakat tanpa pedoman pegemudi hidupnya.
  • Buku ini menjelaskan satu pembohongan yang mendakwa bahawa agama itu penghalang kehidupan. Sebaliknya bagi kita iman dan agama mempunyai harga yang tinggi dan pengaruh yang nyata. Sejarah dan kajian tentang kehidupan manusia telah membuktikan bahawa iman dan agama adalah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan.
  • Iman dan agama perlu untuk individu, untuk ketenangan dan kebahagiaan. Iman dan agama juga perlu untuk masyarakat supaya kehidupan tenteram, tolong-menolong, maju dan membina pembangunan.