Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Selasa 9 Mac 2021 – Gamma.malaysia.gov.my merupakan platform yang menyediakan galeri aplikasi mudah alih yang selamat, dipercayai dan sahih sebagai hab perkhidmatan aplikasi mudah alih kerajaan.

Melalui portal ini, dapat kita ketahui bahawa aplikasi terbitan JAKIM antaranya ialah aplikasi SMART Quran (5 star rating) dan Mysolat merupakan antara aplikasi tumpuan yang paling banyak dimuat turun. Setakat hari ini, aplikasi Smart Quran dan MySolat masing-masing berada di tangga ke enam (6) dan ke Sembilan (9) dalam kategori muat turun tertinggi.