LOGO JAKIM small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

ISU PENYALAHGUNAAN NOMBOR HOTLINE SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) JAKIM

Bil. 22/2021

1. Jabatan ini telah mendapat maklumat mengenai kewujudan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan nama Skim Pembiayaan Hafiz (SPH). Beberapa aduan telah diterima berkaitan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus hari raya.
 
2. Justeru, Jabatan ini menegaskan bahawa kami tidak akan sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus. Segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) adalah perlu dibuat melalui proses yang telah ditetapkan sahaja. JAKIM memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ZAKARIA BIN OTHMAN)
Ketua
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
16 Jun 2021