jata negara small

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

MEMORANDUM KERJASAMA ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN REPUBLIK INDONESIA
MENGENAI PENGIKTIRAFAN BERSAMA PENSIJILAN HALAL BAGI PRODUK TEMPATAN



Bil. 16/2023


Kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam bidang-bidang pensijilan halal telah dipereratkan lagi menerusi termeterainya Memorandum of Co-Operation Between the Government of Malaysia and the Government of The Republic of Indonesia on Mutual Recognition of Halal Certification for Domestic Products yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana pada hari ini. Kerajaan Malaysia diwakili oleh Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), manakala Republik Indonesia pula diwakili oleh Bapak Muhammad Aqil Irham Mohd, Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH).

Melalui MOC ini, JAKIM akan disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Republik Indonesia manakala BPJPH sebagai badan pensijilan halal di Republik Indonesia akan disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Malaysia.

Dengan pengiktirafan ini, maka produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan oleh JAKIM boleh memasuki pasaran Republik Indonesia tanpa halangan dan produk yang dikilangkan di Republik Indonesia dan memakai logo halal BPJPH boleh memasuki pasaran Malaysia.

Kerjasama ini sekaligus memudahkan pengeksportan produk Malaysia ke Republik Indonesia serta menyumbang kepada peningkatan perdagangan produk halal antara kedua-dua negara.

Selain itu, MOC ini juga membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal yang meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk halal demi kepentingan bersama. MOC ini akan menjadi perintis kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pengurusan halal yang lebih luas pada masa pada masa akan datang.

Sekian.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
8 Jun 2023

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah