jata negara small
KENYATAAN MEDIA

KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN

SOLAT HAJAT MEMOHON KESEJAHTERAAN NEGARA DARIPADA MUSIBAH BANJIR

Bil. 40 / 2023

    1. JAKIM akan mengadakan Solat Hajat khusus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir yang sedang melanda di beberapa buah negeri pada ketika ini. Solat Hajat akan diadakan di masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya mulai malam ini, Khamis 28 Disember 2023 dan selepas Solat Jumaat esok 29 Disember 2023.

    2. Tiga buah masjid utama tersebut juga akan menjalankan kutipan sumbangan derma khusus kepada mangsa banjir pada Jumaat.

    3. Orang ramai dijemput untuk sama-sama menyertai pengimarahan masjid dan sama-sama menyertai Solat Hajat tersebut disamping menghulurkan sumbangan derma kepada mangsa banjir sebagai tanda solidariti bersama.

    4. JAKIM juga memohon kerjasama Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk sama-sama menggerakkan program munajat, Solat Hajat dan berdoa supaya negara diselamatkan dari musibah banjir dan seumpamanya.

      Sekian.

      Datin Paduka Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff
      Ketua Pengarah
      Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

      28 Disember 2023