jata negara small
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
 
BERKENAAN
 
 
PROGRAM MISI BANTUAN BANJIR AGENSI YB MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA
DI NEGERI PAHANG 
 
Bil. 5/2024
 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa agensi-agensi agama di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini telah turun ke negeri Pahang bagi menjayakan Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Negeri Pahang. Program ini diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi agama di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Misi ini diketuai oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). 
 
 
Bantuan bermula dengan Majlis Penyerahan Program Sinar Lestari YaPEIM kepada Puan Normala binti Mustafar serta Sesi Santai dan Ramah Mesra Bersama Penerima di Kampung Jarau, Pekan. YB Menteri seterusnya telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Felda Chini 1, Pekan dan di Kampung Sarang Tiong, Rompin. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Pegawai Daerah Pekan, Pegawai Daerah Rompin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.
 
 
Jumlah sumbangan keseluruhan dalam Misi Bantuan Banjir Agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di negeri Pahang pada kali ini adalah berjumlah RM561,640.52 (maklumat bantuan yang terperinci adalah seperti di Lampiran). Agensi yang terlibat sebagai penyumbang dalam misi ini ialah JAKIM / Yayasan Waqaf Malaysia, MAIWP, YaPEIM, Tabung Haji, YADIM dan Yayasan Taqwa. 
 
 
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan saudara-saudara kita di negeri Pahang yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini. Kita juga sentiasa mendoakan agar mereka yang telah diuji oleh Allah SWT ini dapat bersabar di atas ujian-Nya dan semoga hidup mereka sentiasa diberkati Ilahi.
 

TARIKH

LOKASI

JUMLAH KIR


AGENSI

 

JENIS BARANGAN

NILAI BARANGAN

30/12/2023

(Sabtu)

Lokasi

Masa :

Tempat : Raub & Jerantut

 

JAKIM / YaPEIM / YADIM / Tabung Haji / Yayasan Waqaf Malaysia

 

Tunai & Barangan

 

RM150,340.00

 

03/02/2024

 

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan Felda Chini 01 Pekan

87 KIR

JAKIM / Yayasan Waqaf Malaysia

Tabung Musaadah JAKIM-YWM

RM17,400.00

MAIWP

Barang Keperluan

Peralatan Pembersihan

RM120,000.00

RM10,000.00

Tabung Haji

Kit Solat

RM12,180.00

YaPEIM

Food Bank

RM15,000.00

Yayasan Waqaf Malaysia

Pampers dan Tuala Wanita

RM3,071.20

YADIM

Hygiene Kit

RM4,717.14

Yayasan Taqwa

Selimut Toto

RM25,000.00

 

Jumlah

RM207,368.34

 

 

 

 

Masa : 5.00 petang

Tempat: Dewan Kampung Sarang Tiong, Rompin

79 KIR

JAKIM / Yayasan Waqaf Malaysia

Tabung Musaadah JAKIM-YWM

RM15,800.00

MAIWP

Barang Keperluan

Peralatan Pembersihan

RM120,000.00

RM10,000.00

Tabung Haji

Kit Solat

RM11,060.00

YaPEIM

Food Bank

RM15,000.00

Yayasan Waqaf Malaysia

Pampers dan Tuala Wanita

RM2,788.80

YADIM

Hygiene Kit

RM4,283.38

Yayasan Taqwa

Selimut Toto

RM25,000.00

 

Jumlah

RM203,932.18

 

 

 

 

 

 

JUMLAH

 

 

JUMLAH KESELURUHAN

RM561,640.52

 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3 Februari 2024