jata negara small
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
 
BERKENAAN
 
 
SEMINAR PENGUKUHAN NILAI DARI PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH KE ARAH KEMAMPANAN TADBIR URUS BAIK
 
Bil. 6/2024

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM) dan Maqasid Institute Malaysia (MIM) menganjurkan Seminar Pengukuhan Nilai dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus bertempat di Dewan Utama ISTAC-IIUM.Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM) dan Maqasid Institute Malaysia (MIM) menganjurkan Seminar Pengukuhan Nilai dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus bertempat di Dewan Utama ISTAC-IIUM.

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Persidangan Eksekutif Minda Maqasid yang telah diadakan pada 24 Julai 2023 yang lalu dalam usaha membangunkan Modul Minda Maqasid.Objektif program ini adalah untuk:

i. Meningkatkan penghayatan nilai dalam penggubalan dasar dan polisi berasaskan Maqasid Syariah;
ii. Meningkatkan pemahaman mengenai pendekatan Maqasid Syariah yang lebih efektif dalam pengurusan dan pentadbiran negara; dan
iii. Meningkatkan percambahan ilmu antara ilmuan dan pembuat dasar berkaitan pengaplikasian Maqasid Syariah dalam penggubalan polisi dan tadbir urus negara.

Program ini merupakan salah satu daripada program yang dirancang dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Nilai-MADANI. Inisiatif ini mengandungi dua teras iaitu Teras Pengukuhan Dasar-dasar Negara dan Teras Pembangunan Insan. Insiatif ini meliputi program-program merentas kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri. Sehubungan dengan itu, ia merupakan pelengkap terhadap Pelan Transformasi Hal2Ehwal Agama Menuju Malaysia MADANI (Al-Falah) 2023 – 2027 (PTF) kerana program-program pengukuhan nilai turut dirancang untuk pemerkasaan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga kumpulan sasarannya.

Teras Pengukuhan Dasar-dasar Negara dirancang ke arah pelaksanaan Indeks Maqasid Syariah. Untuk memastikan kesediaan kementerian-kementerian terhadap Indeks Maqasid Syariah, JAKIM membangunkan e-Book Modul Minda Maqasid dengan penglibatan pelbagai pihak menerusi beberapa siri program bersemuka dan libat urus.

E-Book Modul Minda Maqasid menekankan prinsip Maqasid Syariah dalam pengukuhan nilai yang perlu diterapkan dalam penggubalan polisi dan dasar negara. Majlis Pelancaran Awal (soft launch) e-Book Modul Minda Maqasid turut diadakan sempena Majlis Perasmian Penutup Seminar Pengukuhan Nilai dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik.

Seminar yang dianjurkan ini adalah salah satu program bersemuka yang dirancang untuk mencapai tujuan tersebut. Seminar ini menghimpunkan penjawat awam, khususnya pegawai di Bahagian Dasar di peringkat Kementerian dan Jabatan bertujuan untuk menyuburkan pemahaman nilai berteraskan Maqasid Syariah. Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
29 Februari 2024