jata negara small
 

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH JAKIM

BERKENAAN

LAWATAN RASMI KERAJAAN ARAB SAUDI KE MALAYSIA

 
Bil. 16/2024


1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada hari ini telah menerima kunjungan dan lawatan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh HE Dr. Hisham Aljadhey, Chief Executive Officer (CEO) of the Saudi Food Drug Authority (SFDA) bersama agensi-agensi lain seperti Saudi Export Development Authority (SEDA), Saudi Standards, Metrology & Quality Organisation (SASO), Saudi Accreditation Centre (SAAC), Saudi Halal Centre (SHC) dan Halal Products Development Company (HPDC).

2) Lawatan rasmi ini adalah kesinambungan daripada lawatan rasmi saya ke Arab Saudi pada 24 Januari lalu yang telah membincangkan berkenaan tindakan lanjut ke atas kerjasama yang dimeterai melalui Memorandum of Co-operation di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi berkaitan Mutual Recognition of Halal Certification for Local Products pada 25 Mei 2023.

3) Dalam siri lawatan ini, Delegasi Arab Saudi telah mengadakan kunjung hormat kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan seterusnya melanjutkan kunjungan rasmi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), JAKIM bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan analisis, penyelidikan serta kajian-kajian yang telah dan sedang dilakukan di Malaysia seiring dengan perkembangan industri halal di Malaysia pada hari ini.

4) Semoga lawatan rasmi ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua negara khususnya dalam sektor halal pada masa akan datang.

Sekian.

DATIN PADUKA HAJAH HAKIMAH BINTI MOHD YUSOFF
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
22 April 2024