jata negara small
 
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN

PENANGGUHAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2019 PADA 30 SEPTEMBER 2019
_____________________________________________________________________________________________________
 
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan takziah dan rasa dukacita terhadap DYMM Sultan Muhammad V, ahli-ahli kerabat diraja Kelantan dan seluruh rakyat kelantan di atas kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
 
2. Berikutan pengisytiharan Kerajaan Negeri Kelantan bahawa 29 dan 30 September 2019 sebagai Cuti Peristiwa, JAKIM memutuskan peperiksaan UPKK 2019 bagi subjek bertulis Ulum Syari'ah (Akidah dan Ibadah) yang dijadual pada 30 September 2019 (Isnin) ditangguhkan ke 7 Oktober 2019 (Isnin).
 
3. Penangguhan ini bagi menghormati perkabungan kemangkatan DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
 
Sekian
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JAKIM
29 September 2019