
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
BERKENAAN
PELAKSANAAN SOLAT HAJAT BAGI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SABAH
Bil. 40/2025
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap situasi yang dialami oleh rakyat Sabah susulan tragedi banjir dan tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini.
2. Sehubungan dengan itu, menyambut saranan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JAKIM akan mengadakan pelaksanaan Solat Hajat di tiga (3) buah masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 17 September 2025 (Rabu) selepas solat fardu Maghrib.
3. JAKIM juga menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT dengan penuh pengharapan, semoga keadaan di negeri Sabah segera pulih seperti sediakala, segala urusan mangsa bencana dipermudahkan, dan rakyat Sabah khususnya serta seluruh rakyat Malaysia amnya sentiasa dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17 SEPTEMBER 2025 / 24 RABIULAWAL 1447
Sekian, terima kasih.
DATO' DR. SIRAJUDDIN BIN SUHAIMEE
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17 SEPTEMBER 2025 / 24 RABIULAWAL 1447