Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah

Putrajaya – 21 hingga 22 Julai 2020, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Manual Elemen Kesalahan Jenayah Syariah Siri 2/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah itu telah dihadiri oleh Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama yang dilantik. Mesyuarat tersebut telah berjaya membincangkan elemen-elemen yang terdapat dalam 8 peruntukan undang-undang kesalahan jenayah Syariah iaitu menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam, lelaki berlagak seperti perempuan, mengajar agama tanpa tauliah, pendapat yang bertentangan dengan fatwa, penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum Syarak, tidak menunaikan sembahyang Jumaat, tidak menghormati Ramadhan dan tidak membayar zakat atau fitrah.

 

bengkel elemen julai 1

 

bengkel elemen julai 4

 

bengkel elemen julai 2

 

bengkel elemen julai 3