TV JAKIM merupakan platform dan wadah penyampaian bagi menyebarluaskan kandungan yang berorentasikan islam yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada masyarakat islam khususnya di Malaysia. Pada peringkat awal TV JAKIM diperkenalkan, kebanyakan kandungannya adalah berbentuk Video On Demand (VoD) dan kemudiannya diperluaskan kepada program siaran lansung iaitu live streaming melalui Portal Rasmi TV JAKIM iaitu www.tvjakim.my.
 
TV JAKIM bukan sahaja ditonton oleh pengguna di Malaysia tetapi ia juga telah menembusi ke peringkat Antarabangsa. Memandangkan JAKIM selaku agensi peneraju dalam hal ehwal islam di Malaysia, ia menganjurkan acara-acara berskala besar seperti Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran, Konvensyen Badan Pensijilan Halal, Konvensyen MABIMS dan lain-lain lagi.