Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bertanggungjawab membantu Ketua Pengarah berkaitan segala yang berkaitan dengan operasi jabatan seperti berikut :
Bertanggungjawab dalam perancangan dan pelaksanaan fungsi-fungsi pembangunan insan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
Memastikan pelaksanaan dan pencapaian objektif yang digariskan oleh bahagian-bahagian di bawah kawalan;
Memastikan pengurusan kewangan bahagian-bahagian di bawah kawalan dilaksanakan dengan baik dan berkesan;
Membantu Ketua Pengarah dalam pelaksanaan penyelarasan fungsi-fungsi pembangunan insan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa;
Mewakili kerajaan dalam forum-forum atau mesyuarat di peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan hal ehwal Islam;
Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penyelarasan di peringkat Sektor Operasi;
Membantu Ketua Pengarah dalam perancangan Human Resource di JAKIM;
Mengurus pembekalan dan penggantian Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) bagi pegawai JUSA dan kereta jabatan sewaan SPANCO di seluruh JAKIM dan PTJ
Menyelaras urusan kemalangan kenderaan jabatan
Mengurus Pembelian Kereta Rasmi Jawatan selepas bersara (OTP) bagi Pegawai JUSA JAKIM
Mengurus kad inden minyak Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Pegawai JUSA JAKIM dan kenderaan jabatan BKP
Mengurus kad sistem bayaran tol tanpa resit (KSBTTR) Kereta Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Pegawai Pengurusan Tertinggi dan kenderaan jabatan BKP
Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan jabatan BKP
Menyelaras dan memantau saman kenderaan jabatan
Mengurus pelupusan dan penggantian serta pemeriksaan tahunan kenderaan jabatan BKP
UNIT KESELAMATAN
Mengurus dan memantau keselamatan jabatan termasuk bangunan, fizikal dan dokumen.
Menentukan polisi dan prosedur keselamatan JAKIM
Melaksanakan Inspektorat Keselamatan Perlindungan ke atas Bahagian-bahagian di JAKIM dan Fasiliti-fasiliti dibawah JAKIM
Menguruskan pelantikan pegawai awam di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi KKM
Menguruskan pelantikan Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) di JAKIM
Bekerjasama dengan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia dalam menyelaras keselamatan aset fizikal, informasi dan personel
Memberi khidmat runding dan nasihat berhubung keselamatan di JAKIM
Merancang, mengurus dan menilai kawalan keselamatan oleh syarikat kawalan keselamatan swasta di JAKIM
Menilai dan menguruskan sistem-sistem keselamatan di JAKIM
Menguat kuasa dan melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan di JAKIM
Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan kawalan keselamatan aspek fizikal dan personel di JAKIM
Urusetia kepada Pasukan Bertindak kebakaran dan Kecemasan (PBKK) di JAKIM
Mengeluarkan Pas Keselamatan dan Kad Pengenalan jabatan di JAKIM
Menguruskan kawalan keselamatan Majlis-majlis Rasmi JAKIM
Melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan ke atas perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di JAKIM
Menyediakan dan Melaksanakan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Jabatan
Menguruskan kemudahan tempat letak kenderaan kakitangan dan jabatan.
UNIT PENGURUSAN KUALITI DAN INOVASI
Menguruskan pelaksanaan Pensijilan MS ISO 9001:2015 Bahagian Khidmat Pengurusan.
Menyelarasan Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JAKIM.
Melaksanakan pemantauan dan pemeliharaan kualiti pelaksanaan myPortfolio pegawai JAKIM.
Menyelaras Pelaksanaan Star Rating Jabatan
Mendaftar kumpulan KIK dan keahliannya.
Merancang dan menyelaras pelaksanaan program-program berunsurkan peningkatan inovasi dan kreativiti secara terancang dan sistematik.
Sebagai fasilitator kumpulan (bagi kumpulan yang tidak melantik fasilitator secara khusus).
Menyediakan perakuan projek KIK untuk kelulusan Jawatankuasa Pemandu Inovasi.
Mengurus dan menyelaras penyertaan KIK ke pertandingan pada peringkat tempatan atau antarabangsa.
Memuat naik maklumat KIK dalam Hab Inovasi Sektor Awam (HISA).
Memudah cara urusan pengembangan projek KIK.
Mengurus perlindungan harta intelek projek.
Mengurus permohonan perolehan dana, khidmat rundingan dan pelantikan ejen daripada agensi-agensi berkaitan pengkomersialan.
Menjadi urus setia KIK peringkat JAKIM dan penyelaras bagi pertandingan KIK dan Hari Inovasi peringkat JPM.
B. SEKSYEN PENYELARASAN DAN FASILITI
Mengurus dan mengawalselia Fasiliti Gunasama di JAKIM dalam pengurusan sistem tempatan auditorium dan bilik mesyuarat serta permohonan kelengkapan untuk kegunaan Bahagian.
Menyelaras pentadbiran kontrak/perjanjian sewaan/perolehan mengenai kemudahan Fasiliti Jabatan
Menyelaras urusan penyelenggaraan KIP dengan pihak Facility Management dan JKR serta TH
Menyelaras Aduan kerosakan kemudahan di JAKIM
Menyelaras tuntutan bil-bil utiliti Jabatan
Menguruskan permohonan sewaan ruang pejabat di bagi premis Kerajaan dan Bukan Kerajaan
C. SEKSYEN PENGURUSAN ASET DAN STOR
UNIT ASET
Menguruskan penerimaan, pendaftaran, penyimpanan, penyelenggaraan, pemeriksaan, pindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira Aset Alih, Aset Hidup dan Aset Tak Ketara Kerajaan.
Urus Setia Mesyuarat JKPAK Jabatan.
Menguruskan penghantaran Laporan Mesyuarat JKPAK ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi setiap suku tahun.
Menguruskan penghantaran Laporan Tahunan Pengurusan Aset Kerajaan ke JPM.
Memantau pengurusan Aset Alih, Aset Hidup dan Aset Tak Ketara Kerajaan di Bahagian/PTJ.
Menguruskan latihan berkaitan aset dengan kerjasama Unit Latihan BPSM.
Menyelaras permohonan dan perolehan Aset Alih, Aset Hidup dan Aset Tak Ketara Kerajaan.
UNIT STOR
Menguruskan penerimaan, rekod penyimpanan, pengeluaran, pindahan, verifikasi, pelupusan, kehilangan dan hapus kira stok.
Urus Setia Mesyuarat JKPAK Jabatan.
Menguruskan penghantaran Laporan Kedudukan Semasa Stok, Pindahan, Pelupusan dan Hapus Kira Stok ke Jabatan Perdana Menteri bagi setiap suku tahun.
Menguruskan penghantaran Laporan Verifikasi Stor ke JPM pada setiap akhir tahun.
Memantau pengurusan Stor Utama di Ibu Pejabat dan PTJ.
Menguruskan latihan berkaitan stor dengan kerjasama bahagian/ PTJ yang berkenaan.
D. SEKSYEN PENGURUSAN FAIL DAN KEURUSETIAAN
UNIT FAIL
Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan, dan Akta Arkib Negara.
Menguruskan pelaksanaan DDMS di JAKIM dan PTJ.
Mengendali urusan keluar/masuk surat menyurat rasmi Jabatan termasuk merekod, mengagih dan penghantaran.
Mengendalikan urusan fail jabatan termasuk pendaftaran, pergerakan proses merekod dan pengkelasan.
Menguruskan latihan berkaitan stor dengan kerjasama bahagian/ PTJ yang berkenaan.
Menyelaras sistem pengurusan rekod elektronik DDMS.
UNIT KEURUSETIAAN
Mengurus Majlis-majlis Rasmi Peringkat Jabatan termasuk Majlis Perhimpunan Bulanan JAKIM, Majlis Perhimpunan Agensi Agama di bawah YB Menteri, Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Sambutan Hari Raya.
Bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana bagi Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul.
Mengurusetiakan Mesyuarat Utama Jabatan seperti Mesyuarat Pagi/ Mingguan JAKIM, Mesyuarat Sektor Pengurusan JAKIM dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan JAKIM.
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan pelaksanaan pengurusan pentadbiran berdasarkan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.
Mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Penyisihan dokumen dalam tempoh tiga (3) jam selepas penerimaan.
Penghantaran dokumen melalui pos mengikut jadual yang ditetapkan.
Memproses permohonan pas pengenalan jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Memberikan maklum balas tempahan kenderaan dalam tempoh 24 jam melalui sistem.
Memberikan maklum balas tempahan bilik mesyuarat dalam tempoh 24 jam melalui sistem.
Memproses permohonan pembukaan fail baharu dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Memproses permohonan stok dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Memproses pendaftaran aset alih dalam tempoh 14 hari selepas dokumen yang lengkap diterima.