Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 Versi:2 ini adalah merupakan versi yang telah diberikan penambahbaikan beberapa program dan inisiatif yang diwujudkan. Pelan strategik ini bertujuan menetapkan hala tuju dan rangka kerja JAKIM seiring dengan matlamat negara untuk memantapkan imej dan kualiti perkhidmatan awam ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 Versi:2 ini akan menjadikan JAKIM lebih efisien dan responsif dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama dengan membudayakan konsep ketelusan, akauntabiliti dan integriti. Ia juga untuk memperkukuh fungsi dan peranan JAKIM seperti yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Pelan strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga JAKIM bagi melaksanakan agenda organisasi secara sistematik dan berkesan berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Pelan ini juga menjadi rujukan kepada pihak-pihak berkepentingan dan pelanggan JAKIM.

Pelan ini mengandungi latar belakang jabatan dan hala tuju strategik bagi memberi gambaran secara menyeluruh mengenai perancangan strategik JAKIM untuk tempoh tujuh tahun akan datang.

Bagi merealisasikan visi dan misi JAKIM, sebanyak tujuh teras strategik telah digariskan, iaitu:

Teras 1: Perundangan.
Memperkasa Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Islam ke Arah Pelaksanaannya yang berkesan.

Teras 2: Pentadbiran Islam.
Memperkukuhkan Penyelidikan dan Pembangunan Dasar yang Lebih Progresif Berteraskan Maqasid Syariah

Teras 3: Pendidikan.
Memperkasakan Sistem Pendidikan Islam ke Arah Kesejahteraan Ummah.

Teras 4: Dakwah & Pembangunan Insan.
Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Inklusif bagi Melahirkan Masyarakat yang Berakhlak

Teras 5: Halal.
Mengukuhkan Rangka Kerja dan Inisiatif Halal ke Arah Mengekalkan Malaysia Sebagai Peneraju Halal Global

Teras 6: Tadbir Urus.
Membudayakan Tadbir Urus yang Mantap ke Arah Organisasi Yang Berprestasi Tinggi.

Teras 7: Sosio Ekonomi.b
Meningkatkan Keupayaan Sosioekonomi Umat Islam Menerusi Penyelarasan Polisi yang Komprehensif dan Inklusif


Jakim adalah salah sebuah agensi agama Persekutuan yang utama dalam sektor awam. Semenjak penubuhannya pada tahun 1968, Jakim telah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan pembangunan hal ehwal Islam serta membina kekuatan rohaniah masyarakat yang progresif.

Dokumen Pelan Strategik ]akim 2009-2014 ini diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan rangka kerja Jakim bagi tempoh lima tahun. Pelan ini digubal dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Pelbagai agenda kritikal telah ditentukan untuk diberi tumpuan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Pelan Strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga Jakim bagi merancang dan melaksanakan program-program berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Dokumen ini juga adalah sebagai rujukan kepada pelanggan-pelanggan Jakim yang terdiri daripada agensi-agensi dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

Pelan strategik ini menjadi acuan kepada operasi jakim bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai umat terbilang (khaira ummah). Matlamat ini diharap akan tercapai dengan jayanya,
Insya-Allah. 

DOKUMEN BERKAITAN
BIL
PEKARA
MUKA SURAT
FAIL ".PDF"
1
Pelan Strategik Jakim 2009-2014 (Muka Depan)
-
2
Kata Alu-Aluan Y.BHG TAN SRI KETUA SETIUSAHA NEGARA
-
3
Bab I - Pendahuluan
1-8
 
 
 
 
 
 
       Sejarah Jakim
       Jakim Sebagai Urus Setia MKI
       Punca Kuasa
       Visi, Misi dan Moto
       Nilai Bersama
4
Bab II - Peranan
9-14
 
 
 
 
       Fungsi Jakim
       Stakeholders Jakim
       Pelanggan Jakim
5
Bab III - Senario Perubahan Persekitaraan
15-24
 
 
 
       Cabaran-cabaran
       Agenda Kritikal
6
Bab IV - Teras Strategik
25-40
 
 
 
       Strategi
       Pelan Tindakan
7
Bab V - Elemen Penentu Kejayaan
41-46
 
 
 
 
       Rangkaian Strategik
       Kajian Semula Pelan Strategik
       Jakim Selepas 2014
8
Bab VI - Penutup
47-48
 
     

 Muat turun Acrobat Reader

Memacu Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam
 
 
Pelan Strategik JAKIM 2019-2025 ini digubal selaras dengan visi JAKIM untuk menjadi peneraju pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Semakan semula ini selaras dengan rasionalisasi JAKIM dan perubahan dasar-dasar perkhidmatan awam yang diputuskan oleh pihak-pihak berkepentingan atau pemegang taruh mengenai peningkatan kualiti pengurusan hal ehwal Islam.
 
Pelan Strategik ini diwujudkan bagi menetapkan hala tuju dan rangka kerja JAKIM seiring dengan matlamat negara untuk memantapkan imej dan kualiti perkhidmatan awam ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara. Pelan strategik ini akan menjadikan JAKIM lebih efisien dan responsif dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama dengan membudayakan konsep ketelusan, akauntabiliti dan integriti. Ia juga untuk memperkukuh fungsi dan peranan JAKIM seperti yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
 
Pelan strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga JAKIM bagi melaksanakan agenda organisasi secara sistematik dan berkesan berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Pelan ini juga menjadi rujukan kepada pihak-pihak berkepentingan dan pelanggan JAKIM.

Pelan ini mengandungi latar belakang jabatan dan hala tuju strategik bagi memberi gambaran secara menyeluruh mengenai perancangan strategik JAKIM untuk tempoh tujuh tahun akan datang.
 
Bagi merealisasikan visi dan misi JAKIM, sebanyak tujuh teras strategik telah digariskan, iaitu:


Teras Strategik 1: Memperkasa Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-Undang Islam ke Arah Pelaksanaan Syariat Yang Lebih Berhikmah

Teras Strategik 2: Memperkukuhkan Pentadbiran Islam Melalui Penyelidikan dan Pembangunan Dasar yang Lebih Progresif Berteraskan Maqasid Syariah

Teras Strategik 3: Membina Keperibadian Unggul Melalui Pemerkasaan Sistem Pendidikan Islam ke Arah Kesejahteraan Ummah

Teras Strategik 4: Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Inklusif bagi Melahirkan Masyarakat yang Berakhlak

Teras Strategik 5: Mengukuhkan Rangka Kerja dan Inisiatif Halal ke Arah Mengekalkan Malaysia Sebagai Peneraju Halal Global

Teras Strategik 6: Membudayakan Tadbir Urus Organisasi Berlandaskan Nilai Kesopanan, Keprihatinan dan Kepedulian ke Arah Merakyatkan Perkhidmatan Awam

Teras Strategik 7: Meningkatkan Keupayaan Sosioekonomi Umat Islam Menerusi Penyelarasan Polisi yang Komprehensif dan Inklusif

 
 

 

Jakim adalah salah sebuah agensi agama Persekutuan yang utama dalam sektor awam. Semenjak penubuhannya pada tahun 1968, Jakim telah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan pembangunan hal ehwal Islam serta membina kekuatan rohaniah masyarakat yang progresif.

Dokumen Pelan Strategik Jakim 2015-2019 ini diwujudkan bagi menjelaskan hala tuju dan rangka kerja Jakim bagi tempoh lima tahun. Pelan ini digubal dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran semasa yang sedang dihadapi oleh umat Islam. Pelbagai agenda kritikal telah ditentukan untuk diberi tumpuan sepanjang tempoh pelaksanaannya.

Pelan Strategik ini sangat penting sebagai panduan kepada seluruh warga Jakim bagi merancang dan melaksanakan program-program berdasarkan kepada strategi yang telah ditetapkan. Dokumen ini juga adalah sebagai rujukan kepada pelanggan-pelanggan Jakim yang terdiri daripada agensi-agensi dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

Pelan strategik ini menjadi acuan kepada operasi jakim bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menjadikan umat Islam di Malaysia sebagai umat terbilang (khaira ummah). Matlamat ini diharap akan tercapai dengan jayanya,
Insya-Allah.

TERAS PELAN STRATEGIK JAKIM 2015 - 2019

Teras Strategik 1

Memantapkan Perundangan Islam Melalui Penyelarasan dan Penyeragaman Undang-undang Ke Arah Mendaulatkan Pelaksanaan Syariat Islam

Teras Strategik 2

Mengukuhkan Bidang Penyelidikan dan Pembangunan Islam Ke Arah Melestarikan Kemajuan Ummah

Teras Strategik 3

Mengukuhkan Kerjasama Strategik dan Ukhuwah Islamiah di Peringkat Nasional, Serantau dan Antarabangsa Ke Arah Penyatuan Ummah 

Teras Strategik 4

Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan Islam Secara Syumul Bagi Melahirkan Khaira Ummah

Teras Strategik 5

Memantapkan Penyelarasan dan Pembangunan Halal Ke Arah melahirkan Insan Kamil

Teras Strategik 6

Mengukuhkan Pembangunan pendidikan Islam Ke Arah Melahirkan Insan Kamil

Teras Strategik 7

Memperkasakan Keupayaan Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan dan Penyampaian Perkhidmatan