Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
KAJANG, 22 APRIL 2024 – Program Terapi Psikospiritual Islam kepada Klien AADK Daerah Hulu Langat Selangor diteruskan lagi dalam siri yang seterusnya kali ini diadakan di Masjid Taman Sutera Kajang. Program dihadiri seramai 36 org Klien AADK yang sedang menjalani tempoh pengawasan daripada pihak AADK Daerah Hulu Langat.

Program kali ini dikendalikan oleh Us. Mohd Syukri bin Kamis yang merupakan fasilitator dan kaunselor di KSKCarecentre yang menyampaikan dan mempraktikkan kepada peserta mengenai tahsin Thoharoh dan Makrifatun Peserta juga mendirikan solat sunat dhuha secara berjemaah sebelum mngikuti slot yang disampaikan.

Melalui penganjuran program ini KSK JAKIM berharap dapat membantu para klien dari sudut terapi kerohanian dan mengukuhkan pengangan agama dalam membantu kepulihan para klien. Semoga program ini juga dapat menyebar luas fungsi masjid dalam membantu masyarakat awam.

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL 1

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL 2

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL 3

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL 4

PROGRAM TERAPI PSIKOSPIRITUAL 5