Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Isnin
22 April 2024
10.00 pagi

Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah mengadakan Mesyuarat Pelaksana Program Ihktifal Kafa Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Maahad Al Mashoor Al Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab, Pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan turut dihadiri oleh Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Program Kokurikulum Peringkat Kebangsaan dan Pegawai pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan aktiviti di peringkar kebangsaan yang melibatkan penyertaan semua negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Aktiviti ini adalah bagi mengetengahkan bakat murid-murid yang mngikuti kelas KAFA dalam acara yang dipertandingkan. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah diamanahkan untuk menjadi tuan rumah penganjuran IKK kali ke-8.

Aktiviti ini dianjurkan bagi tujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-akademik selaras dengan falsafah Pendidikan Negara melahirkan pelajar yang seimbang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Ia juga menepati dengan Falsafah Pendidikan KAFA yang bertujuan membentuk generasi Khairah Ummah yang bertanggungjawab membangun diri. Pelajar-pelajar yang terlibat juga berpeluang untuk memperolehi markah dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Selain daripada itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengetengahkan bakat dan kebolehan pelajar ke peringkat kebangsaan dalam melahirkan pelapis Qari dan Huffaz.

WhatsApp Image 2024 04 23 at 04.36.06

WhatsApp Image 2024 04 23 at 04.36.07

WhatsApp Image 2024 04 23 at 04.36.08

WhatsApp Image 2024 04 23 at 04.36.08 1