MOHAMAD KORI BIN JUSOHAssalamualaikum.
 
Syukur alhamdulillah JAKIM telah mengorak langkah maju setapak lagi ke hadapan dengan lahirnya Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang pada 1 April 2002. Bahagian ini pada asalnya bergabung dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang sebelum ia dipisahkan menjadi Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang. Pada Jun 2009, nama Bahagian ini telah diubah kepada Bahagian Penyelarasan Undang-Undang selaras dengan keputusan penstrukturan semula JAKIM. Pada 1 Disember 2018 nama Bahagian ini telah diubah sekali lagi kepada Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah. Fungsi utama Bahagian ini ialah untuk menyelaras penguatkuasaan dan pendakwaan syariah di seluruh Malaysia agar ia dapat berjalan dengan berkesan.
 
Sebagaimana yang kita ketahui, tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah merupakan bidang kuasa negeri. Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara-perkara berkaitan perundangan syariah di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri-negeri. Antara undang-undang syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri ialah Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang mengandungi peruntukan kesalahan-kesalahan seperti khalwat, meminum minuman yang memabukkan, perbuatan tidak sopan di tempat awam, persetubuhan haram, hamil luar nikah, tidak menghormati Ramadhan dan lain-lain.
 
Pada asasnya, penguatkuasaan undang-undang syariah merupakan tugas nahi munkar dan ianya salah satu usaha yang dapat menghindarkan umat Islam daripada melakukan maksiat dan pada masa yang sama mendorong mereka melakukan kebaikan. Selari dengan bidang kuasa yang ada, bahagian ini akan terus bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) serta Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri-Negeri bagi merangka dasar-dasar penguatkuasaan dan pendakwaan syariah untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang Islam dilaksanakan dengan adil dan dilihat adil pelaksanaannya selaras dengan dasar Kerajaan ke arah rahmatan lil alamin.
 
Sekian, wassalam.
 
AHMAD HUSAINI BIN MUSTAFA
Pengarah
Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
SEKTOR DASAR
 
Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 Putrajaya
 
No. Tel : 03-8870 7000
No. Faks : 03-8870 7101
 
 
LATAR BELAKANG
 
Bahagian ini telah ditubuhkan pada 1 April 2002 selaras dengan penyusunan semula Bahagian Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Matlamat utama penubuhan bahagian ini adalah untuk meningkat dan memperkemaskan lagi tugas-tugas berkaitan penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan yang dilaksanakan oleh negeri-negeri di Malaysia. Bahagian ini bertindak sebagai penyelaras antara JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN).
 
Bahagian ini pada asalnya bergabung dengan Pejabat Penasihat Undang-Undang sebelum dipisahkan menjadi Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-Undang. Pada Jun 2009, nama Bahagian ini telah diubah kepada Bahagian Penyelarasan Undang-Undang selaras dengan keputusan penstrukturan semula JAKIM. Pada 1 Disember 2018 nama Bahagian ini telah diubah sekali lagi kepada Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah. Tiga cawangan menjadi tulang belakang kepada Bahagian ini iaitu Cawangan Penyelarasan Penguatkuasaan, Cawangan Penyelarasan Pendakwaan serta Unit Pentadbiran dan Khidmat Sokongan.
carta organisasi integriti
Saluran Aduan Integriti 1
 
Saluran_Aduan_Intergriti_124
VISI
 
JAKIM sebagai Model Penginstitusian Integriti Terbaik dalam Perkhidmatan Awam
 
 
MISI
 

Membudayakan Integriti dan Tadbir Urus yang Baik untuk Menjadikan JAKIM sebagai Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia

 
OBJEKTIF
  • Memantapkan urusan berkaitan integriti dan tadbir urus di peringkat jabatan;
  • Memastikan elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salah laku dalam organisasi  dapat  dikuatkuasakan  secara efisien dan mencapai keberhasilan  yang optimum; dan,
  • Membangunkan warga JAKIM yang berintegriti, berhikmah dan professional.
 
FUNGSI UNIT INTEGRITI
 
Penubuhan unit ini merupakan usaha kawalan dalaman jabatan untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit Integriti JAKIM bertanggungjawab untuk melaksanakan lima (5) daripada (6) fungsi teras seperti berikut :
 
1. Tadbir urus
  • Memastikan tadbir urus terbaik dan efektif dilaksanakan di JAKIM
  • Melaksanakan Corruption Risk Management (CRM)
  • Membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi JAKIM (OACP)
  • Mendapatkan Pensijilan MS ISO 37001:2016 - Anti Bribery Management System (ABMS)
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat, JAKIM
 
2. Pengukuhan integriti
  • Melaksanakan dan menyelaras Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) di peringkat JAKIM.
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
  • Mengenalpasti problematic areas dan membentuk inisiatif yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah dalam jabatan
  • Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman atau luaran yang diperolehi dan membuat analisa dapatan berkaitan jenis kesalahan, sektor problematic areas, kekerapan kesalahan, trends dan sebagainya.
  • Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan kesedaran (awareness) dan pendidikan.
 
3. Pengesanan dan pengesahan salah laku jenayah
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
  • Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia Lembaga Tatatertib bagi tindakan susulan
  • Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salahlaku tatatertib
  • Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab
 
4. Pengurusan aduan
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan atau maklumat mengenai salahlaku jenayah (disalurkan kepada agensi penguatkuasaan) serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
  • Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
  • Menyalurkan setiap aduan yang telah disemak kepada agensi yang terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain yang mana berkaitan.
 
5. Pematuhan
  • Memastikan pematuhan terhadap peraturan pentadbiran, kewangan dan undang-undang yang berkuatkuasa
  • Melaksanakan inspektorat, pemeriksaan mengejut dan pemantauan berkala terhadap pematuhan undang-undang, peraturan dan prosedur kerja.
  • Melaksanakan kajian hasil dapatan pematuhan berkaitan keberkesanan pelaksanaan dan ketidakpatuhan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan bagi tindakan susulan
 
6. Tatatertib – Fungsi keenam ini dilaksanakan oleh Cawangan Pembangunan Organisasi, Seksyen Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAKIM.
 
 
ADUAN INTEGRITI
 

Mana-mana pihak yang ingin membuat aduan ke atas mana-mana pegawai yang melakukan kesalahan berkaitan dengan tatakelakuan dan etika organisasi atau sebarang kesalahan di sisi undang-undang, boleh melaporkan perkara tersebut melalui saluran aduan integriti.